UMNO berkemungkinan akan hilang lebih banyak lagi kerusi sekiranya memilih untuk bersendirian menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa gabungan sama ada Pas mahupun Bersatu.<br /><br />Pandangan peribadi itu dilontarkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyifatkan tiada parti yang mampu berdiri sendiri tanpa ada gabungan dalam situasi politik hari ini.